Disney hari ini telah mengeluarkan teaser filem yang diadatapsikan daripada animasi terkenal, The Lion King kepada umum. Video berdurasi satu setengah minit ini akan membawa anda melihat haiwan dan adegan Sahara Afrika. Suara Mufasa (James Earl Jones) turut menjadi kurator untuk trailer ini.

Antara pelakon bintang yang bakal menyumbang suara ialah Donald Glover sebagai Simba, Beyoncé sebagai Nala, James Earl Jones kembali sebagai Mufasa dan Seth Rogen sebagai Pumbaa. Filem ini bakal ditayangkan pada 19 Julai 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sudah menjadi trend pula Disney menukar animasi menjadi live action. Dumbo antara animasi lain yang akan ditayangkan Disney dalam format live action. Anda suka atau sebaliknya?