Berdasarkan teaser 9 minit awal untuk siri ini, Manifest sudah nampak seperti satu siri TV baharu yang hebat. Ianya menceritakan tentang penerbangan Montego Air yang akan berlepas dari Jamaica ke Amerika Syarikat.

Ketika di udara, penerbangan ini terlibat dalam satu ribut namun semuanya selamat sahaja. Menjadi misteri adalah apabila mereka bersedia untuk mendarat. Apa yang mereka tidak tahu adalah penerbangan ini cuma mendarat selepas 5 tahun ianya berlepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ada yang berpendapat siri ini diinspirasikan daripada salah satu teori konspirasi penerbangan MH370. Kami juga beranggapan siri ini mungkin hampir sama dengan satu siri yang pernah popular satu ketika dahulu, Lost. Ada yang sudah tertarik dengan 9 minit pertama siri ini?