Kumpulan K-pop paling famous ketika ini, BTS akan hadir dengan filem pertama mereka iaitu ‘Burn The Stage’. Melalui filem ini, para peminat bakal dipertonton mengenai kisah dibelakang tabir BTS sehingga dikenali ramai. Burn The Stage bakal menampilkan ahli-ahli BTS melibatkan RM, V, Jimin, Jin, Jungkook, Suga dan J-Hope. Tonton trailer filem ini yang dihasilkan berikutan sambutan yang meriah melalui siri YouTube yang diperkenalkan BTS.