Perang Dunia Pertama merupakan peristiwa penting untuk seluruh dunia kerana sedikit sebanyak mempengaruhi banyak perkara. Akan tetapi, tidak banyak filem yang mengetengahkan peristiwa penting ini.

Terbaharu, Universal Pictures telah berkongsi trailer rasmi filem 1917 dan pastinya anda yang meminati filem berkonsepkan peperangan serta sejarah akan suka akan filem ini. Melalui trailer ini kita dapat lihat bagaimana dua askar menerima tugasan khas untuk menyampaikan mesej amaran kepada kumpulan askar akan serangan hendap pihak lawan ketika dalam Operasi Alberich.

Untuk pengetahuan anda, filem ini merupakan kisah benar yang diceritakan sendiri oleh datuk kepada Sam Mendes iaitu Alfred Mendes. Filem ini diarahkan sendiri oleh Sam Mendes yang pernah mengarahkan 2 filem James Bond iaitu Skyfall dan  Spectre.

Menurut anda, adakah mereka berjaya menyelamatkan rakan-rakan askar dan adik mereka daripada masuk perangkap? Apa kata anda tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Januari 2020.

Oh ya, anda ingin menonton tayangan perdana filem 1917? Nyatakan minat anda dengan isi borang penyertaan di sini.

Difahamkan terdapat beberapa filem menarik akan ditayangkan pada tahun 2020. Jom tonton trailer-trailer tersebut pada pautan di bawah ini.

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984

Tonton Teaser Trailer A Quiet Place 2 Yang Mendebarkan

Warner Bros. Akhirnya Umum Tarikh Tayangan Filem The Flash