Nampaknya Hantu Kak Limah arahan daripada pengarah terkenal Mamat Khalid bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Filem ini merupakan sekuel dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin lelaki lebih muda daripada beliau.

Seluruh kampung menjadi riuh selepas diganggu hantu Kak Limah. Filem dibintangi oleh Awie,Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Jue Aziz, Ropie dan Mus May. Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018. Tonton trailer ini untuk menyaksikan gelagat para pelakon apabila bertemu Hantu Kak Limah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →