Lionsgate baru sahaja berkongsi trailer filem Rambo: Last Blood. Pastinya ini berita ini akan membuatkan anda teruja. Filem ini merupakan filem kelima siri filem Rambo. Jika dilihat John Rambo dalam trailer ini sudah kelihatan berusia dan dia menggunakan kemahiran pertempurannya untuk berhadapan dengan masa silamnya serta menamatkan misi tersebut. Ini merupakan filem terakhir Rambo dan filem ini akan ditayangkan pada 20 September 2019 ini dan tonton dahulu trailer filem ini.