Sebut mengenai filem keluaran pengarah Christopher Nolan, semamgnya individu ini tidak perlu pengenalan lagi. Berjaya menghasilkan trilogi Batman, Interstellar dan Inception antara yang menaikkan nama beliau dalam industri Hollywood.

Terbaharu, Christopher Nolan sekali lagi tampil dengan karya terbaru selepas Dunkirk melalui filem TENET. Meskipun baru sahaja tampil dengan trailer pertama, dapat dilihat filem pada kali ini bakal mengisahkan persiapan untuk mengharungi Perang Dunia Ketiga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

TENET turut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Robert Pattinson, David Washington dan Elizabeth Debicki. Sebelum menantikan filem ini dilancarkan pada 17 Julai ini, jom tonton terlebih dahulu trailer filem terbaru karya Christopher Nolan ini.

Difahamkan filem Matrix 4 dan John Wick 4 yang dibarisi pelakon yang sama iaitu Keane Reeves bakal ditayangkan pada tarikh yang sama. Turut dikongsikan, tarikh tayangan bagi filem The Flash.

Matrix 4 Dan John Wick 4 Sah Bakal Ditayangkan Pada Tarikh Yang Sama

Warner Bros. Akhirnya Umum Tarikh Tayangan Filem The Flash