Melihat pada trailer filem terbaru Jason Statham ini, teringat kepada filem-filem dengan tema yang sama sebelum ini seperti Jaws dan Deep Blue Sea.

Megalodon adalah spesis jerung gergasi yang sudah pupus beberapa juta tahun yang dahulu. Namun dalam filem ini, ‘The Meg’ tidak pupus dan menjadi tanggungjawab pasukan Statham untuk menghentikan keganasan The Meg ini.

Dengan bajet filem USD150 juta, harap filem ini tidak gagal. Akan berada di pawagam Ogos 2018.