Siapa sangka selepas lebih tiga dekad, Pete ‘Maverick’ Mitchell lakonan Tom Cruise bakal sekali lagi tampil melalui filem Top Gun: Maverick. Filem yang bakal ditayangkan ini merupakan sekuel kepada Top Gun keluaran 1986. Tonton trailer ini untuk melihat beberapa gaya ikonik Pete ‘Maverick’ Mitchell sebelum filem ini mula ditayangkan pada tahun 2020.