Sudah tidak sabar untuk lihat Robert Pattinson sebagai Batman? Nampaknya Smasher sudah memperlihatkan gambaran bagaimana Pattinson bakal membawa watak Bruce Wayne.

Trailer konsep yang dihasilkan ini menggunakan adegan filem lakonan Pattinson dan Batman sebelum ini. Walaupun ianya sekadar fan made, tetapi ianya nampak seperti sesuatu yang asli daripada Warner Bros.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi komen yang ditulis, ramai yang kembali yakin pihak Warner Bros telah membuat keputusan yang betul memilih Pattinson sebagai Batman yang baharu. Buat yang masih skeptikal, kita tunggu filem ini keluar di pawagam dan lihat sendiri kemampuan Pattinson menjayakan watak Batman.