Berikutan sambutan yang hangat melalui filem Kong: Skull Island yang menampilkan Godzilla, pihak Warner Bros. Pictures baru-baru ini telah mengeluarkan trailer pertama filem terbaru mereka iaitu Godzilla: King of the Monsters. Melalui filem terbaru ini, Godzilla bakal bertemu dengan pihak lawan yang lebih kuat melibatkan watak-watak seperti Mothra, Rodan serta King Ghidorah. Tonton trailer pertama Godzilla: King of the Monsters yang sudah lama dinantikan ramai ini.