Ini berita baik buat anda di luar sana kerana filem Chasing Dragon II: Wild Wild Bunch akan ditayangkan tidak lama lagi. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Chasing The Dragon.

Filem ini mengenai polis yang menyamar untuk menumpaskan Logan dan kumpulannya yang terkenal dengan penculikan bersiri. Mereka sering melakukan penculikan atas golongan elit Hong Kong pada tahun 90-an tanpa sebarang masalah. Kemudian, mereka menyasarkan orang kaya di Macau pula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Adakah ejen rahsia tersebut akan berjaya mematahkan segala tidakan mereka? Adakah Logan dan kumpulannya akan tumpas? Filem Chasing Dragon II: Wild Wild Bunch ini akan berada dipawagam pada 6 Jun 2019. Tonton trailer ini dahulu sementara menantikan ia ditayangkan.