Filem Fast & Furious 9: The Fast Saga sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu tetapi telah ditangguhkan. Kini, Universal telah kongsikan trailer terbaharu filem penuh aksi yang akan menemui anda tidak lama lagi.

Menerusi trailer yang dikongsikan, kita dapat lihat filem Fast & Furious 9 ini hadir dengan kejutan kerana munculnya John Cena sebagai adik kepada Dom. Rasa tidak puas hati beliau kepada Dom membuatkan ‘pertarungan’ dalam filem ini kelihatan lebih bermain dengan emosi, isu kekeluargaan dan juga lebih aksi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, filem Fast & Furious 9 ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Vin Diesel, John Cena, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron dan Helen Mirren.

Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam terdekat pada 24 Jun 2021 ini dan tonton dahulu trailer ini sebelum anda menontonnya di pawagam kelak.

Tahukah anda bahawa animasi Upin & Ipin berjaya tembusi pasaran antarabangsa apabila ditayangkan di Netflix United Kingdom dan Australia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Konten Capai Standard Antarabangsa, Upin & Ipin Kini Ditayangkan Di Netflix United Kingdom Dan Australia

Berhijab Dengan Gayakan Kain Batik, Imej Terbaru Jada Smith Menjadi Bualan Seluruh Dunia