Selepas trilogi hebat Z Storm, S Storm dan L Storm, Raymond Lam dan David Lam sekali lagi meneruskan gandingan mereka dalam filem siri anti-rasuah terbaru, P Storm yang pastinya dinantikan peminat setia siri ini.

Filem arahan David Lam ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat seperti Louis Koo (William Luk), Kevin Cheng (Ching Tak Ming), Raymond Lam (Cao Yuen Yuen), Lam Ka Tung, Chrissie Chau (Liu Yue Ping), Louis Cheung dan Patrick Tam.

Melalui trailer rasmi yang berdurasi 1 minit 29 saat, P Storm bakal mengisahkan Louis Koo sebagai penyiasat kanan ICAC yang telah dihantar ke penjara untuk menjalankan siasatannya terhadap watak Raymond Lam dan Gordon Lam yang ditangkap dan dipenjarakan. Dari situ, barulah beliau tahu segala korupsi yang telah berlaku di penjara berkenaan selama ini.

Buat peminat filem aksi Hong Kong, P Storm akan ditayangkan di pawagam bermula 4 April 2019.

P Storm