Ini pastinya filem yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Jika sebelum ini, sekumpulan kanak-kanak berjaya menghalang kejahatan badut bernama Pennywise. Pada kali ini badut ini kembali lagi selepas 27 tahun dengan memegang janji akan kembali mencari tujuh kanak-kanak tersebut. Melalui trailer ini, nampaknya Pennywise menepati janjinya memburu sekumpulan kanak-kanak tersebut atau dikenali sebagai ‘Loser’s Club’.

Adakah kali ini mereka mampu menghapuskan Pennywise selama-lamanya ataupun mereka tidak akan berjaya? Tonton trailer ini sementara menantikan filem IT: Chapter Two yang bakal ditayangkan pada 6 September ini.