Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof bakal menemui anda 21 Februari ini. Filem ini merupakan sebuah lagi filem genre seram daripada pengarah tersohor ini. Dilaila mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Frasser Hill milik arwah bapa Dilaila.

Akan tetapi percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang. Tonton trailer epik arahan Syafiq Yusof ini.