Setelah berjaya melancarkan filem Aladdin, Disney nampaknya bakal meneruskan projek filem live action yang diadaptasi menerusi animasi keluaran mereka. Pada kali ini, Disney telah melancarkan trailer pertama bagi filem Mulan. Trailer filem yang epik ini nampaknya turut membuatkan para warganet teruja serta menunjukkan reaksi positif. Filem Mulan bakal berada di pawagam pada 27 Mac 2020 ini. Jom tonton trailer rasmi filem ini.