Masih ingat dengan keseraman filem The Ring satu ketika dahulu? Nampaknya Sadako bakal kembali menghantui anda.

Siri terbaru daripada karya klasik The Ring ini diarahkan oleh Hideo Nakata, pengarah di sebalik filem Ring 2 dan Death Note. Untuk karya sekuel ini, selari dengan perkembangan teknologi Sadako tidak lagi menghantui mangsanya menerusi pita VHS tetapi video atas talian seperti di YouTube. Pendekatan yang hampir sama dibuat dalam karya reboot Child’s Play.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tiada tarikh rasmi bila filem ini akan ditayangkan di pasaran dunia dan begitu juga Malaysia. Lambat atau cepat, harapnya filem ini akan berada di pawagam Malaysia.