Apa yang akan terjadi jika anda gabungkan pelakon 300, Gerard Butler dan producer filem Fast & Furious dalam satu filem? Terhasilkah filem ‘Hunter Killer’ ini.

Berdasarkan novel Firing Point oleh George Wallace, Hunter Killer mengisahkan Butler sebagai Captain Joe Glass melaksanakan misi sulit untuk menyelamatkan presiden Russia daripada satu kumpulan yang cuba menjatuhkan pemerintahan beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Captain Glass bersama pasukan NAVY Seals terbaik dari Amerika Syarikat akan melaksanakan misi menyelamat berkenaan bagi mengelak perang dunia Ke-3. Rasa seperti Olympus Has Fallen? Ya, ini seperit Olympus Has Fallen versi kapal selam. Jika ada Gerard Butler, kami sokong. Akan berada di pawagam 26 Oktober depan.