Sony Pictures Entertainment baru sahaja berkongsi trailer rasmi Jumanji: The Next Level. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Jumanji: Welcome To The Jungle.

Jika anda ingat, dalam Jumanji: Welcome To The Jungle, permainan video Jumanji telah dihapuskan tetapi dalam trailer terbaharu ini kita dapat lihat permainan video tersebut telah diperbaiki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui trailer ini juga, mereka yang telah membawa haluan masing-masing selepas beberapa tahun mereka menamatkan permainan terdahulu. Kini, permainan tersebut telah dinaik taraf dan tidak seperti dahulu serta mereka berdepan dengan pelbagai misi lebih mencabar.

Dapatkah mereka menyelesaikan segala misi dan menamatkan permainan tersebut? Tonton trailer ini dahulu sementara menunggu ia ditayangkan pada 25 Disember 2019 ini.