Universal Pictures telah berkongsi trailer rasmi filem MA. Peminat filem bergenre thriller pastinya akan menyukai filem ini.

Melalui trailer ini kita dapat lihat Sue Ann menawarkan tempat untuk para remaja bersuka ria tetapi terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi ketika berada dalam rumah tersebut iaitu untuk kekal sedar, tidak naik ke bahagian atas rumah dan panggil dirinya ‘Ma’.

Malah, kita dapat lihat betapa psikonya Sue Ann dalam trailer tersebut. Adakah para remaja tersebut dapat menyelamatkan diri dari obsesi Ma? Tonton trailer ini sementara menantikan filem ini ditayangkan pada 25 Julai 2019 ini.

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana ‘MA’ di MBO Starling, 23 Julai 2019 ini? Nyatakan minat anda di sini.