Kegiatan rasuah merupakan punca sesebuah institusi ‘jatuh’. Bagi anda yang gemar menonton filem bergenre aksi jenayah, anda wajib menonton filem Once Upon A Time In Hong Kong.

Sedikit sinopsis, filem ini berkisahkan isu rasuah dalam kalangan pegawai polis yang tidak bertanggungjawab dimana ia sememangnya satu cabaran yang besar untuk dibanteras. Malah, pasukan penyiasat ICAC turut mendapati kegiatan ketua pengedar dadah semakin berleluasa disebabkan mendapat perlindungan daripada seorang ketua pegawai polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda rasa, dapatkah kegiatan rasuah dibanteras? Filem ini diarahkan oleh Wong Jing dan Woody Hui yang dibintangi oleh pelakon legenda Hong Kong seperti Louis Koo, Tony Leung, Francis Ng dan Gordon Lam.

Untuk pengetahuan anda, filem Once Upon A Time In Hong Kong ini sudah ditayangkan di pawagam tempatan sejak 29 April. Apa kata anda tonton dahulu trailer ini sebelum menyaksikan ia di pawagam.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’