Nampaknya Charlie sudah mempunyai ‘angels’ yang baharu. Versi reboot terbaru Charlie’s Angels ini bakal menampilkan pelakon wanita yang lebih popular dikalangan golongan millennials iaitu Kristen Stewart, Naomi Scott, dan Ella Balinska.

Sama seperti filem Charlie’s Angel, trio ini akan diberi tugasan untuk menjaga keamanan di serata dunia. Kita juga dapat lihat sisi lain pelakon Twilight, Kristen Stewart dalam trailer ini. Jika sebelum ini beliau dilabel ‘kayu’, nampaknya beliau bakal membuktikan beliau turut boleh berlakon filem yang lebih heavy dan penuh aksi!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapatkah trio ini menandingi siri Charlie’s Angel lakonan Drew Barrymore, Cameron Diaz dan Lucy Liu sebelum ini? Itu anda perlu lihat dan buat perbandingan sendiri 16 November 2019 nanti.