Paramount Pictures baharu sahaja berkongsikan trailer terbaru untuk filem ‘Dora And The Lost City Of Gold’. Watak kegemaran anda kini bukan sekadar untuk tontonan kanak-kanak sahaja.

Filem terbaru Dora ini akan mengisahkan kehidupan Dora (Isabela Moner) yang perlu menempuh alam persekolahan selepas lama mengembara bersama ibu bapanya. Namun, Dora dan rakan yang baharu dikenalinya ditangkap oleh sebuah organisasi rahsia dan mereka perlu menyelesaikan misteri di ‘Kota Emas’.

Filem ini turut menampilkan Michael Pena dan Eva Longoria sebagai ibu bapa Dora. Nampaknya Dora kini adalah :Lara Croft versi yang lebih comel. Akan berada di pawagam pada 2 Ogos 2019.