Wau Animation baru sahaja berkongsi trailer terbaharu filem animasi pertama mereka iaitu Ejen Ali: The Movie. Melalui trailer terbaru ini, kita dapat lihat bahawa Cyberaya dalam bahaya dan teknologi musuh lebih canggih.

Malah, anda juga akan disajikan dengan penggembaraan yang lebih mencabar dan meninggalkan tanda tanya bagaimana Iris Neo boleh terhasil. Dapatkah Ejen Ali dan ejen-ejen lain melindungi Cyberaya?

Akan tetapi, tarikh tayangan filem ini masih belum diketahui dan setelah menonton trailer ini pasti anda makin tidak sabar untuk menyaksikan filem ini di pawagam. Sementara itu, tonton trailer ini dahulu sementara menantikan ia ditayangkan.