Dua hari lalu, Lionsgate berkongsikan poster serta gambar rasmi John Wick: Chapter 3 – Parabellum. Dan seperti dijanjikan, Lionsgate memperlihatkan trailer rasmi pertama untuk John Wick 3.

John Wick perlu menyelamatkan diri daripada The Continental selepas beliau melanggar kod etika kumpulan berkenaan dan kini dilabel “excommunicado”. Untuk filem ketiga ini, negara Jepun akan menjadi medan ‘pertempuran’ John Wick menentang The Continental.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Trailer sahaja sudah epik, inikan pula filemnya. John Wick: Chapter 3 – Parabellum akan berada di pawagam 17 Mei 2019.