Trailer Minions: The Rise of Gru baru sahaja dikongsikan oleh Universal Pictures dan Illumination. Pastinya ramai yang teruja untuk menonton filem ini.

Melalui trailer ini, satu benda yang pasti iaitu ia merupakan sebuah filem prekuel sebelum waktu dalam filem Despicable Me. Dapat dilihat bagaimana watak ikonik kejahatan Gru menjadi jahat dalam trailer ini.

Group-shot
HYPE
Masih Mencari Hadiah Istimewa Untuk Si Dia? HUAWEI nova 7i Sememangnya Patut Menjadi Pilihan
Baca lagi →

Gru yang berusia 12 tahun mempunyai impian untuk menjadi penjahat dan hadir ujibakat tetapi dipersendakan oleh juri. Oleh itu, Gru nekad mencuri sesuatu yang berharga oleh para juri super villain tersebut.

Kemudian, para penjahat tersebut mula mengejar Gru untuk mendapatkan kembali barang mereka. Kelakuan comel dan lucu Minions dalam membantu Gru pastinya akan menjadi adegan yang dinanti-nantikan ramai.

Adakah kerana Gru berjaya mencuri barangan para penjahat akan membuatkan mereka mengakui Gru sebagai penjahat? Tidak banyak boleh dikatakan melalui trailer yang baru dikongsi ini. Nantikan sahaja filem ini di pawagam pada 3 Julai 2020 ini dan tonton dahulu trailer ini.

Filem Dolittle masih lagi ditayangkan di pawagam. Anda belum menontonnya? Klik pautan di bawah untuk baca review filem ini.

Kebolehan Luar Biasa Robert Downey Jr. Terjawab Dalam Dolittle

Tonton Trailer Epik Mulan Yang Pasti Buat Anda Teruja

Tonton Trailer Teaser Filem James Bond ‘No Time To Die’

Anda Mungkin Suka