Peter Rabbit merupakan antara filem yang lucu dan berjaya menarik minat kanak-kanak dan dewasa untuk menontonnya. Terbaharu, Sony Pictures telah berkongsi trailer rasmi pertama sekuel filem Peter Rabbit.

Menerusi trailer ini, kita dapat lihat pengembaraan Peter yang nakal dan Peter telah berjumpa dengan rakan ayahnya dahulu. Malah, Peter juga dalam proses untuk mencari dirinya yang sebenar. Apakah agaknya pengembaraan yang bakal dibawakan oleh Peter kepada kita agaknya?

Mungkin disebabkan ianya hanya trailer pertama maka tidak banyak boleh diperkatakan. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam tahun depan.

Filem animasi Abominable tidak akan ditayangkan di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kerana Peta Asia Tenggara, Animasi Abominable Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Lihat Apa Terjadi Jika Joker Diberi Sentuhan ‘Editing’ Persis Drama Korea Goblin

Gemini Man, Karya Ang Lee Yang Memiliki Kelainan Tersendiri