Berdasarkan siri buku dan komik popular The Witcher, Netflix semalam telah berkongsikan kepada peminat trailer rasmi pertama siri ini yang akan menampilkan Henry Cavill sebagai watak utama.

Jika sebelum ini Henry Cavill hanya dikaitkan dengan watak Superman sahaja, Henry pasti akan menyinar menerusi watak Geralt pula selepas ini. The Witcher merupakan antara siri baharu yang sangat dinantikan di Netflix dan ketika ini, tiada tarikh lagi bila ianya akan dilancarkan. Harapnya tidak lama lagi kerana ianya nampak hebat!