Setelah Sony Pictures ‘memainkan’ perasaan peminat setia mereka dengan trailer kualiti rendah yang tular, baru sebentar tadi Sony Pictures berkongsikan trailer rasmi ‘Spider-Man: No Way Home.

Berdasarkan trailer ini, ia adalah sambungan untuk filem Spider-Man sebelum ini di mana identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah terdedah. Beliau telah bertemu Doctor Strange untuk meminta bantuan supaya masyarakat lupa siapa identiti sebenar Spider-Man. Strange berkata ia boleh dilakukan dengan menggunakan satu ancient spell. Apa yang mereka tidak tahu adalah kesan buruk akibat penggunaan ancient spell tersebut.

Sebelum ini Kevin Feige berkata tiada trailer rasmi akan dihasilkan oleh mereka untuk Spider-Man dan nampaknya kenyataan tersebut hanyalah strategi pemasaran mereka. Concept multi-verse sudah didedahkan, dan di mana variant Spidey yang lain? Yang itu kita kena tonton di pawagam Disember nanti!

Ini beberapa artikel lain berkaitan Spider-Man. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tobey Maguire Dan Andrew Garfield Dilaporkan Bakal Muncul Dalam Spider-Man 3

Ini Penerangan Babak ‘End Credit’ Spider-Man: Far From Home

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama