Terbaharu, 20th Century Fox telah berkongsi trailer rasmi pertama filem Underwater. Filem ini mengisahkan tentang beberapa krew penyelidik turun ke dasar laut kerana telah berlaku gempa bumi yang memusnahkan makmal bawah laut mereka.

Melalui trailer ini kita dapat lihat krew penyelidik tersebut telah diserang oleh ‘sesuatu’ yang masih kita belum ketahui. Apakah yang menyerang mereka? Kita kena tunggu trailer akan datang untuk ketahui apa yang akan berlaku kepada mereka, dan apa yang menyerang mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini hadir dengan pelakon-pelakon yang hebat iaitu Kristen Stewart, T.J. Miller, Vincent Cassel dan John Gallagher Jr. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam pada tahun 2020.