Pengarah dan produser di sebalik filem-filem Hollywood hebat seperti E.T, Jurassic Park dan Minority Report, Steven Spielberg kembali dengan filem sains fiksyen hebat Ready Player One.

Di tahun 2045, tiada apa lagi yang menarik dimuka bumi kecuali Oasis, dunia maya di mana anda boleh jadi apa sahaja yang anda mahu. Wade Watts, a.k.a. Parzival (Tye Sheridan), memperkenalkan dirinya dalam trailer ini dan meceritakan kenapa dunia oasis ini sangat menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda akan perasan ada Freddy Kruger dan beberapa lagi watak terkenal Hollywood ada dalam trailer ini. Filem ini pastinya akan mengimbau kembali kenangan filem futuristik Spielberg sebelum ini seperti Minority Report dan A.I Artificial Intelligent. Ready Player One akan berada di pawagam tahun 2018.