Pada episod akhir musim pertama siri The Umbrella Academy, ia berakhir dengan bulan meletup dan serpihannya menjalar ke Bumi dan menyebabkan apocalypse.

Menerusi trailer yang baru dikongsikan oleh Netflix ini, keluarga ‘superhero’ ini diberikan peluang untuk menyelamatkan dunia sekali lagi. Malah, mungkin inilah peluang untuk mereka menyelamatkan insan penting dalam hidup mereka agar tidak mati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapatkah mereka mengubah nasib dan menyelamatkan dunia? Difahamkan terdapat 10 episod dalam siri terbaru ini dan sama-sama kita nantikan ia ditayangkan pada 31 Julai 2020. Kita lihat dahulu trailer ini.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan siri ‘The Umbrella Academy’ yang pernah dikongsikan di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Siri Popular ‘Umbrella Academy’ Musim Kedua Sah Bakal Ditayangkan Di Netflix Mulai 31 Julai Ini

‘Umbrella Academy’ Kini Siri Paling Popular Di Netflix