Tahu apa yang penyanyi utama kumpulan My Chemical Romance, Gerard Way lakukan selepas bubarnya kumpulan berkenaan? Beliau bersama Gabriel Ba menghasilkan sebuah siri komik, The Umbrella Academy: Apocalypse Suite untuk Dark Horse Comics.

Siri komik berkenaan bakal menemui peminat di Netflix 15 Februari depan. The Umbrella Academy ini akan berkisarkan sekumpulan manusia yang mempunyai kuasa sejak dilahirkan dididik di bawah satu sekolah yang dinamakan Umbrella Academy. Mereka ditugaskan untuk menghalang satu malapetaka yang bakal menghancurkan bumi.

Mereka cuma ada 8 hari untuk menghalang perkara berkenaan daripada terjadi selepas salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja ke masa depan dan melihat kemusnahan yang telah berlaku. Soundtrack trailer ini dinyanyikan sendiri oleh Gerard Way dan kami sudah tidak sabar untuk menantikan siri hebat ini.