Akhirnya, saat-saat yang dinantikan telah tiba. Paramount Pictures telah berkongsi semula trailer rasmi filem Sonic The Hedgehog setelah diubah.

Sebelum ini, trailer pertama filem ini telah mendapat pelbagai reaksi negatif daripada penonton dan tarikh tayangannya terpaksa ditunda. Bagi anda yang tidak tahu, filem ini mengetengahkan karakter terkenal dalam permainan video iaitu Sonic.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Melalui trailer ini, anda dapat lihat penggembaraan Sonic bersama rakan manusia yang dikenalinya iaitu Tom Wachowski. Kita dapat lihat persahabatan antara mereka dan bagaimana mereka cuba melindungi antara satu sama lain.

Adakah Sonic dapat menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh Dr. Robotnik yang ingin menakluki dunia dengan menggunakan kuasanya? Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam pada 14 Februari 2020.

Adakah anda tahu kenapa filem ini ditangguhkan tarikh tayangannya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Paramount Ubah Kembali Rekaan Sonic Selepas Dikecam Peminat

Tarikh Tayangan ‘Sonic The Hedgehog’ Terpaksa Ditunda Ke Tahun Hadapan

Anda Mungkin Suka