Trailer terakhir filem 47 Meters Down: Uncaged baru sahaja dikongsi. Menerusi trailer ini, kita dapat lihat lebih aksi yang mendebarkan.

Sedikit sinopsis, filem ini mengisahkan 4 remaja yang menyelam ke dasar laut untuk melihat bandar yang telah ditenggelami air laut. Akan tetapi, mereka tidak keseorangan kerana mereka ditemani oleh ikan jerung yang ‘jinak’.

Adakah mereka akan berjaya untuk menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa ikan-ikan jerung tersebut? Tonton trailer ini dahulu sementara menantikan filem 47 Meters Down: Uncaged yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos 2019 ini.

Oh ya, ingin tonton tayangan perdana 47 Metres Down: Uncaged di TGV KLCC 26 Ogos ini? Sertai peraduannya di sini.