Warner Bros. baru sahaja berkongsi trailer terbaharu filem IT: Chapter Two. Menerusi trailer ini, kita dapat lihat aksi lebih menyeramkan dan pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk menonton filem ini.

7 kanak-kanak yang berjaya menumpaskan Pennywise sebelum ini telah berjanji akan kembali semula untuk menghapuskan Pennywise jika ia muncul kembali. Kini, mereka kembali setelah 27 tahun atas satu janji untuk menghapuskan Penywise. Tonton trailer ini dahulu sementara menantikan filem IT: Chapter Two yang bakal ditayangkan pada September ini.