Lotus Five Star baru sahaja berkongsi trailer rasmi filem Line Walker 2: Invisible Spy. Melalui trailer ini, kita dapat lihat pihak polis dalam usaha untuk menumpaskan organisasi yang menculik bayi dan kanak-kanak lalu melatih mereka menjadi agen rahisa.

Malah, aksi yang ditonjolkan dalam trailer pastinya akan membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya. Adakah dalam kalangan pihak polis sendiri terdapat agen rahsia organisasi tersebut? Adakah pihak polis akan berjaya menumpaskan organisasi tersebut?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini dibintangi Francis Ng, Nick Cheung dan Louis Koo, dan diarahkan oleh Jazz Boon serta diterbitkan oleh Andrew Lau. Pastinya filem ini tampil lebih aksi dan mendebarkan daripada filem sebelumnya. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan filem ini ditayangkan di pawagam 8 Ogos 2019 ini.