Akhirnya Paramount Pictures telah berkongsi trailer rasmi filem A Quiet Place 2 dan pastinya sudah ramai tidak sabar untuk menyaksikan filem penuh dengan debaran serta kejutan ini.

Menerusi trailer ini, dapat dilihat bagaimana keluarga Evelyn Abbott keluar daripada kawasan penempatan mereka dan mula sedar bahawa makhluk yang menggerunkan itu turut berada di tempat lain.

Keluarga Abbott turut berjumpa dengan mereka yang terselamat dan juga ingin berusaha menyelamatkan orang lain yang mungkin masih terselamat. Lebih mengejutkan, makhluk tersebut juga lebih ‘advanced’ daripada sebelum ini.

Saksikan dahulu trailer ini sebelum ia ditayangkan di pawagam tidak lama lagi untuk merasai debarannya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Influencer Ini Jelaskan Perkara Sebenar Selepas Dituduh Aniaya Artis Dan Anak Yatim Untuk Promosi Produk