Pastinya buat peminat filem terbitan Marvel Studios sudah tidak sabar dengan kemunculan filem adiwira terbaru mereka, Captain Marvel. Marvel Studios telah melancarkan trailer rasmi kedua filem Captain Marvel hari ini.

Trailer ini berjaya memperoleh 499,840 jumlah tontonan selepas 24 jam dilancarkan dan kali ini ia menceritakan apakah tujuan beliau datang ke bumi dan bagaimana beliau terpilih menjadi ‘Noble Warrior Heroes’.

Tonton trailer ini untuk mengetahui serba sedikit siapa Carol Danvers sementara menunggu trailer filem Avengers 4 yang dikatakan bakal keluar pada hari esok. Tetapi Captain Marvel dalam suit penuh memang awesome!