Jika dalam trailer pertama Chucky kelihatan seperti satu patung yang innocent, dalam trailer terbaru ini baru anda dapat lihat perangai sebenar Chucky.

Child’s Play versi baharu ini berbeza apabila Chucky sebenarnya patung ‘robot’ yang mungkin mempunyai kesalahan program hingga menyebabkannya menjadi jahat.

Setakat ini tiada sinopsis lanjut tentang Child’s Play dan menambahkan kehebatan filem ini adalah Chucky sah akan disuarakan oleh Mark Hamill a.k.a Luke Skywalker.

Mark Hamill sebelum ini pernah menyumbangkan suara untuk watak ‘The Joker’ dalam animasi Batman dan beliau sangat hebat menjadi The Joker walaupun dalam bentuk suara sahaja. Jika ada Mark Hamill, filem ini pasti akan jadi lebih menarik!