Mungkin ada yang sudah tidak terlalu berharap dengan karya terbaru siri X-Men kerana Hugh Jackman tidak bersama dalam filem ini. Namun, trailer ‘X-Men: Dark Pheonix’ yang baharu sahaja dikongsikan oleh 20th Century Fox ini nampak hebat!

Para X-Men perlu berdepan rakan mereka sendiri, Jean Grey yang memperolehi kuasa misteri selepas beliau ‘diserang’ oleh satu kuasa kosmik ketika satu misi menyelamat. Apabila beliau dibawa pulang, kuasa misteri ini bukan sahaja membuatkan diri beliau menjadi bertambah kuat tetapi turut membuatkan beliau hilang kawalan dan tidak stabil.

X-Men perlu berganding bahu untuk menyelamatkan Jean daripada digunakan oleh musuh untuk menakluk galaksi. X-Men: Dark Pheonix akan berada di pawagam 7 Jun 2019.