Filem yang penuh dengan teka teki dan misteri ini akhirnya diumumkan Netflix untuk musim kelima. Melalui siri pada kali ini, Black Mirror bakal memperlihatkan penonton tiga perkara dengan perspektif berbeza melibatkan teknologi, masa depan serta dunia. Para penonton nampaknya tidak perlu menunggu lama sementara menantikan musim kelima kerana Netflix yang bakal mula menayangnya bermula 5 Jun ini.