Ketika ini, ramai memilih untuk menonton rancangan hebat di Netflix bagi mengisi masa terluang di rumah. Sering disajikan pelbagai konten menarik, filem Space Sweepers bakal menemui anda tidak lama lagi.

Sebuah filem yang berkonsepkan angkasa lepas seperti Star Wars, filem Space Sweepers ini mengisahkan mengenai kru kapal The Victory yang bertugas untuk mengumpul sisa berbahaya di angkasa lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudian, mereka terjumpa dengan sebuah robot berbentuk manusia, Dorothy yang merupakan senjata kepada pemusnah massal. Sejak daripada itu, kehidupan kru kabin mula berubah dan juga terlibat dalam satu urus niaga berbahaya dan alam semesta diancam bahaya.

Adakah alam semesta dapat diselamatkan atau akan ada plot ‘twist’? Sama-sama kita nantikan filem ini. Sementara itu, tonton dahulu trailer rasmi Space Sweepers ini sebelum ia ditayangkan di Netflix pada 5 Februari 2020. Selamat menonton!

Kami kongsikan beberapa artikel berkaitan drama menarik yang boleh anda tonton di Netflix pada pautan di bawah ini.

‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Utama Drama The Uncanny Counter Jadi Pilihan Penonton

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix