Disebalik kekecohan antara MCU dan Sony Pictures, MCU baru-baru ini telah mengesahkan Spider-Man: Far From Home bakal mengikut jejak langkah Avengers: Endgame dimana filem ini bakal kembali ke pawagam dengan adanya adegan baru yang ditambah selama 4 minit.

Selain itu, pihak Marvel juga telah mengeluarkan trailer 15 saat untuk versi adegan tambahan ini. Anda boleh tonton trailer dibawah untuk melihatnya.

Berdasarkan komen para netizen, ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan Marvel yang menayangkan filem buat kali kedua dalam usaha untuk meningkatkan kutipan filem. Para netizen merasakan seolah gimik ini membuatkan mereka terpaksa menonton filem ‘separa’ siap pada awalnya serta perlu menonton semula untuk adegan penuh.

Walau bagaimanapun, melihat kepada kejayaan Avengers: Endgame yang berjaya mengutip kutipan filem tertinggi sepanjang sejarah, pastinya teknik pemasaran seperti ini berjaya. Buat anda yang meminati Spider-Man pastinya adegan tambahan selama empat minit ini sangat berharga buat anda.

Kami kongsikan kepada anda lebih banyak artikel menarik berkaitan Spider-Man. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Sony Pictures Mahu Tekan Marvel Benarkan Spider-Man Muncul Dalam ‘Venom 2’

Tom Holland Sahkan Akan Terus Pegang Watak Spider-Man

‘Spider-Man: Far From Home’ Muncul Filem Terbaru Marvel Cecah Kutipan USD1 Bilion