Tiada waktu yang lebih baik untuk memperlihatkan pandang pertama siri yang dinantikan peminat setia Marvel Cinematic Universe, The Falcon And The Winter Soldier, Loki dan WandaVision selain di acara sukan terbesar di benua Amerika Syarikat, Super Bowl LIV.

Iklan berdurasi 30 saat ini berkongsikan pandang pertama siri MCU yang bakal muncul di Disney+. Walaupun hanya beberapa detik dikongsikan untuk setiap siri, tetapi ia sudah cukup memberi idea betapa uniknya 3 siri yang akan ditayangkan di Disney+ ini nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Universe Is Expanding.” Disney seperti memberi gambaran bahawa siri-siri ini penting untuk filem akan datang di MCU. Masa untuk melanggan Disney+.

Sebelum ini, pulau fiksyen Madripoor yang terletak di Selat Melaka bakal diperkenalkan dalam The Falcon And The Winter Soldier. Baca lagi tentangnya di sini.

Siri Marvel Baharu Akan Perkenalkan Pulau Fiksyen Yang Terletak Di Asia Tenggara

Christian Bale Dilamar Marvel Studio, Bakal Bintangi ‘Thor: Love And Thunder’

Marvel Studios Sekali Lagi Kongsikan Trailer Rasmi Black Widow Secara Mengejut