Setelah lama membiarkan para peminat berteka-teki melalui trailer sebelum ini, filem Star Wars: The Rise of Skywalker tampil dengan trailer terakhir sebelum filem ini ditayangkan.

Pada kali ini, dapat dilihat lebih banyak babak perlawanan antara Rey dan Kylo Ren. Bayangan watak antagonis ikonik siri filem ini yang dipercayai adalah Darth Sidious antara yang dipaparkan pada babak akhir trailer ini. Jom tonton trailer Star Wars: The Rise of Skywalker terlebih dahulu sebelum menantikan filem ini ditayangkan pada 30 Disember ini.

Selain filem terbaru Star Wars ini, sudahkah anda menonton trailer ‘Star Wars: The Mandalorian’ yang bakal ditayangkan di Disney+ tidak lama lagi. Klik pautan di bawah untuk menontonnya.

Tonton Trailer Rasmi Pertama ‘Star Wars: The Mandalorian’

Poster Epik Star Wars: The Rise of Skywalker Membuatkan Para Peminat Berteka-Teki