Lionsgate telah berkongsi trailer filem Rambo: Last Blood dimana filem ini adalah filem kelima siri filem Rambo. Menerusi trailer ini, kita dapat lihat sedikit sebanyak flashback dari saat awal John Rambo hingga sekarang dan apa yang menjadikan dia seorang lagenda. Malah, John Rambo yang telah pulang ke rumah diserang oleh musuh-musuh lama dan kini misinya adalah untuk melindungi satu-satunya keluarganya di rumah tersebut.

Kita juga dapat melihat John Rambo menggunakan kemahiran pertempurannya dan pastinya filem siri ini yang dikatakan siri terakhir untuk filem Rambo bakal menjadi fenomena. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia di pawagam pada 20 September 2019.