Studio 20th Century Fox hari ini telah melancarkan trailer terbaru filem ‘Bohemian Rhapsody’ yang dilakonkan oleh Rami Malek sebagai Freddie Mercury. Bohemian Rhapsody merupakan sebuah filem biografi kisah hidup mengenai vokalis kumpulan rock terkenal iaitu Freddie Mercury daripada kumpulan Queen.

Selain Rami Malek yang membawakan watak Freddie Mercury, filem ini juga turut dibintangi oleh Gwilym Lee, Ben Hardy, dan Joseph Mazzello yang akan melakonkan watak ahli Queen. Mereka juga turut menyertakan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh mereka. Bohemian Rhapsody akan menemui penonton pada 8 November 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →