Paramount Pictures baharu sahaja berkongsikan trailer terbaru untuk filem ‘Dora And The Lost City Of Gold’. Filem terbaru Dora ini akan mengisahkan kehidupan Dora yang berpindah ke bandar untuk merasai pengalaman dan menempuh alam persekolahan selepas lama mengembara bersama ibu bapanya.

Menerusi trailer ini, kita dapat lihat Dora dan rakan-rakanya yang ditangkap oleh organisasi rahsia dan mereka mencuba dalam misi menyelesaikan misteri ‘Kota Emas’. Malah, watak Snipers turut ada dalam trailer kali ini. Tonton dahulu trailer ini sementara menantikan ia ditayangkan di pawagam 8 Ogos 2019 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →